Al-Quran Nur Karim

Islam dan akal

Manusia adalah makhluk yang istimewa, ALLAH telah memberikan keistimewaan kepada manusia iaitu akal yang tiada pada makhluk yang lain. Akan tetapi sejauh mana manusia menggunakan akal masing2? Cuba kita lihat keadaan ekonomi pada hari ini, begitu banyak gejala2 maksiat, rasuah berleluasa, hukum ALLAH diketepikan. Apa yang difikir oleh manusia zaman sekarang adalah kesenangan dunia berbanding akhirat. Akan tetapi melupai dunia juga satu masalah..........tidak mahu masuk politik kerana takut terpesong jauh dari agama...Cuba kita lihat kembali bagaimana RASULULLAH SAW membina kerajaan di bumi Madinah Munawarah, baginda hebat dalam bidang ekonomi, politik, dan sebagainya...

Orang kita pada zaman sekarang hanya islam pada nama, tapi melakukan amal ibadat sangat malas....Apabila kaya melupakan ALLAH, & apabila miskin menjauhkan diri daripada ALLAH.
Sesungguhnya rezeki/rahmat ALLAH amat luas....

Sepertimana sabda RASULULLAH SAW :
"sesiapa inginkan dunia, dia akan mendapatnya. sesiapa inginkan akhirat dia akan mendapatnya dan sesiapa inginkan keduanya (dunia & akhirat) maka dia akan mendapatnya."

Dengan berfikir, kita akan dapat menilai mana yang baik & mana yang buruk seperti mana firman ALLAH;

“Dan apabila dikatakan kepada mereka: “Ikutilah apa yang telah diturunkan Allah,” mereka menjawab: “(Tidak), tetapi kami hanya mengikuti apa yang telah kami dapati dari (perbuatan) nenek moyang kami”. “(Apakah mereka akan mengikuti juga), walaupun nenek moyang mereka itu tidak mengetahui suatu apa pun, dan tidak mendapat petunjuk?”.” Surah Al Baqarah : Ayat 170

“Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk (isi neraka Jahannam) kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai.” Surah AL A’raf : Ayat 179

“Dan apakah mereka tidak memperhatikan kerajaan langit dan bumi dan segala sesuatu yang diciptakan Allah, dan kemungkinan telah dekatnya kebinasaan mereka? Maka kepada berita manakah lagi mereka akan beriman sesudah Al Qur′an itu?” Surah AL A’raf : Ayat 185

Sebagai orang islam, janganlah kita berasa selamat kerana kita masih lagi kekurangan ilmu, seperti yang dikatakan RASULULLAH SAW, menuntutlah ilmu sejak dari kecil hingga menghembuskan nafas yang terakhir.

Dengan ilmulah dapat memantapkan pemahaman kita terhadap agama & dengan ilmulah dapat memantapkan keimanan kita kepada ALLAH. INSYAALLAH............

0 comments: