Al-Quran Nur Karim

Untuk Bulan Muharam yg Bakal Menjelang


Assalamualaikum wbt buat shabat semua.........

Bersyukur kita kepada Allah Azza Wajalla kerna masih dipanjangkan usia ke hari ini. Ingin ana ingatkan bahawa kita sudah mendekati bulan MUHARAM, marilah kita berazam untuk memperhebatkan lagi diri sendiri & keluarga.

Sebelum 1 muharam menjelang, setiap masjid akan mengadakan pembacaan surah yasin & doa akhir tahun & awal tahun........

Marilah kita beramai-ramai memeriahkan majlis tersebut..........Bawa adik, abang, ummi, abbi & sanak saudara....

Janganlah tunggu pada 1 hb Januari baru kita meraikan tahun baru.... Umat Islam juga ada tahun baru bah..

Marilah kita bersama-sama bangkit & berazam untuk berubah dari baik kepada lebih baik...
Wallahualam.....

Ikut Suka Aku (ISA)

Assalamualaikum wbt.....................................................

(Kerajaan dapati tidak lagi ancam keselamatan negara, ketenteraman awam)
-Tarikh : 11/12/2008

"Kita bebaskan tahanan (ISA) daripada semasa ke semasa jika mereka tidak mengganggu keselamatan awam termasuk bebas daripada ideologi militan kerana kerajaan tak mahu menahan rakyat kita atau warga asing lebih lama daripada sepatutnya,"-Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar berkata..

Setelah orang ramai mengetahui bahawa ISA ini kejam dan tidak berlandaskan syariat islam, maka pihak kerajaan sengaja mengeluarkan beberapa orang tahanan ISA, adakah ianya untuk mengaburi mata kasar masyarakat Malaysia? Janganlah kita tertipu dengan sedikit tipu muslihat pihak kerajaan.....

Selepas isu MANSUHKAN ISA @ SAY NO TO ISA........pihak kerajaan pula buat satu organisasi iaitu PERMUAFAKATAN MASYARAKAT MELAYU (klu xda silap) dengan slogan YES TO ISA,ini menyatakan bahawa begitu mudah mereka diperolokkan oleh kerajaan dan mereka menampakkan diri mereka kurang didikan agama,sama-sama kita berdoa agar mereka insaf dan bertaubat. Itulah yang sebaiknya..............

Punca & Faktor Yang Menyebabkan Manusia Tidak Beriman

Assalamualaikum Wbt, Selamat menyambut Hari Raya Aidil Adha..................

Hari ini ana nak memberikan pandangan @ pendapat tentang tajuk diatas,tupun ana dapat dari laman web juga.Ana kongsikan maklumat ini pun sebagai titik tolak untuk kita lebih tabah dalam menempuh dugaan yang mendatang................

1- Tidak memikirkan dengan waras ikatan iman yang berpanjangan serta hubungan dengan Allah SWT.

2- Tidak menjadikan contoh teladan mengenainya yang pernah ditonjolkan oleh mereka yang terdahulu daripada kita di sepanjang sejarah penentangan antara hak dan batil di kalngan para ulama�.

3- Tidak duduk dalam majlis-majlis ilmu terutama kelas-kelas fardu�ain, kelas al-Quran, tafsir, hadis, program motivasi dan lain-lain yang boleh mengingatkan diri terhadap tanggungjawab kepada Allah.

4- Berlakunya maksiat di tengah-tengah masyarakat yang tidak diubah dengan perkara makruf.

5- Sibuk dengan urusan keluarga untuk mencari keredhaan isteri, anak-anak dan harta benda hingga tidak sanggup berkorban untuk agama.

6- Panjang cita-cita terhadap perkara dunia dan lupa jalan ke akhirat, walaupun kubur kata mari, rumah kata pergi.

7- Boros dalam perkara makan-minum, tidur yang berlebihan, berjaga malam bukan untuk beribadat, bersembang pada perkara yang sia-sia dan bergaul secara bebas antara lelaki dan perempuan.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut silalah ke blog ini........

http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=17989&Itemid=91

Liku-Liku Perjuangan............



'Jangan tanya bila Islam akan memerintah tetapi tanya bila masa kita menyumbang kerja-kerja untuk kemenangan Islam. Perjuangan bukan dihampari dengan permaidani merah tetapi dihampari dengan onar dan darah'

  1. Al-Quran Sebagai Petunjuk
- "Demikianlah al-Kitab yang tidak ada keraguan padanya memberi petunjuk kepada orang yang bertakwa." (al-Baqarah:2)

2. Al-Quran Sebagai Pembeza Antara Benar & Batil

- Berpegang dengan al-Quran bermakna kita dapat membezakan antara yang benar dengan batil. Kerana al-Quran sebagai penyuluh yang terang, barang pasti ia tidak akan mengkaburkan peganutnya yang kuat berpegang dengan al-Quran.

3. Motivasi Kepada Pendakwah

- Al-Quran menjelaskan bahawa mereka yang berjuang di jalan Allah dijanjikan kemenangan di atas muka bumi ini. Firman Allah SWT yang bermaksud: "Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu (wahai Muhammad) bahawa dia akan menjadikan mereka khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana dia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka khalifah yang berkuasa dan dia akan menguatkan dan mengembangkan agama mereka yang telah diredai-Nya untuk mereka dan dia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (dari ancaman musuh)." (al-Nur: 35)

- Kemenangan adalah janji Allah, dan pasti akan diperolehi oleh mereka yang berjuang di atas agama Allah sebagaimana Allah memulakan dengan lafaz wa�ada bermaksud "telah menjanjikan" di mana kemenangan dunia kepada orang yang beriman dan beramal soleh apabila tiba masanya.

- Jangan tanya bila Islam akan memerintah tetapi tanya bila masa kita menyumbang kerja-kerja untuk kemenangan Islam. Perjuangan bukan dihampari dengan permaidani merah tetapi dihampari dengan onar dan darah.

- Janji ini bukan sahaja di tulis dalam al-Quran malahan dicatat dalam kitab Zabur Nabi Daud AS lagi. Firman Allah SWT dalam surah al-Anbiya�: 105 �Sesungguhnya telah kami wartakan dalam kitab Zabur selepas peringatan bahawa bumi ini akan diwarisi oleh hamba-hamba yang soleh.�

Pesanan al-Syahid Syed Qutb pernah menyebut "kebatilan nampak kuat, tetapi tidak kekal, manakala kebenaran nampak lemah tetapi akan kekal."

(Penulis adalah Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS Pusat)