Al-Quran Nur Karim

Putaran ilmu


Apabila sempurna akal, kurang perkataan. ( Saidina Ali Abi Talib).

Orang yang berakal, tidak berdukacita kerana miskin, bahkan yang menjadikannya berdukacita ialah sekiranya ia berkurangan akal dan tidak mengerjakan amal soleh.

(ulama).

Sifat pemarah adalah musuh utama akal. ( saidina Ali Abi Talib ).

Walaubagaimanapun alim seseorang itu, dia tidak akan dapat manfaat daripada ilmunya selagi ilmunya tidak berpedoman kepada akal. ( Lukmanul Hakim ).

Teman manusia yang sebenar ialah akal dan musuhnya yang celaka ialah jahil. ( Saidina Ali Abi Talib).

Lebih sedikit orang menggunakan akalnya, lebih banyak pula ia berkata-kata. ( Saidina Ali Abi Talib).

Dada orang berakal itu ialah peti rahsianya. ( Saidina Ali Abi Talib).

Akal yang sihat daripada badan yang sihat. ( Lidah pendeta ).

Akal membentuk budi,membentuk kebudayaan dan menjerumuskan manusia kepada kehancuran. ( Hamka ).

Akal ialah anugerah Tuhan kepada makhluk yang dipilih-NYA, iaitu manusia.Akal tidak diberikan semata-mata.Ia perlu dituntun. ( Hamka).

Salah satu tugas agama ialah memelihara akal.Memelihara akal ialah dengan jalan menambah ilmu melatih diri berfikir,merenungkannya. ( Hamka).

Hawa nafsu membawa kesesatan dan tidak berpedoman dan akal menjadi pedoman menuju keutamaan.Hawa nafsu menyuruh mengelamun,berangan-angan,tetapi akal menyuruh menimbang. ( Hamka ).

Amat Merunsingkan Skali!



Bismillahirrahmanirrahim............

Apa sudah jadi dengan negaraku sekarang ni????

Macam negara Israel sudah, polis suka-suka gunakan gas pemedih mata untuk meleraikan perhimpunan tersebut. Kenapa tidak gunakan bom skali? Baru puas hati kan..........

Bengong betul polis @ FRU in terlalu ikut telunjuk BN.

Keadaan ini samalah seperti digambarkan keadaan PALESTIN menunjuk perasaan & ditegah oleh kaum nabi MUSA AS .

Bersabarlah wahai saudaraku,jika pembalasan didunia ini tidak setimpal dengan yang kamu dapat, INSYAALLAH diakhiratlah mahkamah ALLAH la yang paling adil & saksama, tidak akan dipersia-siakan kamu oleh YANG MAHA ADIL.