Al-Quran Nur Karim

Palestin bumi anbiya'

Bismillahirrahmanirrahim...

"Hanya jihad mampu ubah nasib Palestin"

Umat Islam telah melupakan nilai-nilai jihad dalam diri kerana dilalaikan oleh media barat yang berunsur maksiat yang menyebabkan lumpuh iman dalam diri.

Hendaklah kita tahu bahawa jihadlah yang menaikkan Islam, cuba kita lihat kembali kisah Khalifah Ar-Rasyidin, Bani Umayyah, Bani Abbasiyah dan Turki Uthmaniyyah.

Renung-renungkan dan selamat menyanbut kehadiran kembali Hj Nizar ke kabinat Parlimen.

Pas untuk semua















Assalamualaikum wbt buat sahabat ana dimana jua.

Bersyukur kita kerana masih dapat menaikkan martabat Islam dalam pentadbiran dengan kemenangan di Bukit Gantang Dato' Seri Ir Nizar Jamaluddin (PAS) & Bukit Selambau oleh Parti PKR..

Inilah pemimpin yang terang-terang dizalimi telah dibersihkan namanya oleh rakyat Malaysia sendiri.

Sukar menahan nafsuMU?

Bismillahirrahmanirrahim...

Puasa Sunat :

a) Puasa dalam bulan Sya’ban
b) Puasa 6 hari dalam bulan Syawal
c) Puasa Arafah pada 9 zulhijjah
d) Puasa hari Tasu’a dan ‘Asyura pada 9 & 10 Muharram
f) Puasa pada hari Isnin & Khamis
g) Puasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan pada 13,14 & 15
h) Puasa satu hari berbuka satu hari
i) Puasa lapan hari daripada bulan Zulhijjah sebelum hari Arafah bagi orang yang sedang mengerjakan haji atau tidak.
j) Puasa dalam bulan–bulan haram iaitu bulan Zulkaedah,Zulhijjah,Muharram dan Rejab

Faedah Puasa :

a) Melahirkan perasaan belas kasihan terhadap golongan miskin
b) Mendidik nafsu & jiwa kearah kebaikan
c) Dapat merasai apa yang ditanggung oleh golongan miskin
d) Puasa merupakan perbuatan taat kepada Allah
e) Mendidik budi pekerti untuk memiliki sifat-sifat terpuji
f) Puasa mengajar seseorang supaya beramanah terhadap diri sendiri
g) Puasa mengajar kesabaran dan berperaturan
h) Puasa menyebarkan perasaan kasih sayang & persaudaraan dalam jiwa manusia

Sesungguhnya puasa mendidik untuk menjadi seorang muslim yang terlatih dan menghindar dari gejala maksiat yang berada ditengah2 masyarakat sekarang.

Amalkan puasa kerana puasa mengingatkan kita kepada PENCIPTA kita iaitu ALLAH dan kepadaNYA lah kita akan kembali.Wallahualam....

Perbetulkan niat setiap masa


1. Niat memiliki peranan yang amat penting di dalam segala kegiatan dan amalan agama kerana nilaian Allah Ta'ala terhadap semua amal perbuatan itu bergantung pada niatnya.


2. Firman Allah s.w.t. dalam Surah al-Bayyinah, ayat 5 yang bermaksud :
" Padahal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadah kepadanya , lagi tetap teguh di atas tauhid, dan supaya mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, dan yang demikian itulah agama yang benar ".


3. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :
" Sesungguhnya setiap amalan itu dengan niat dan sesungguhnya bagi tiap-tiap seseorang itu apa yang diniatkan ".


4. Maka niat yang baik itu adalah dianggap sebagai satu amal soleh dan memperolehi pahala serta ganjaran daripada Allah s.w.t.


5. Sesiapa yang berniat dengan niat yang baik, maka dia akan mendapat pahala dan ganjaran yang baik, manakala sesiapa yang berniat buruk maka dia akan diberi balasan dosa dan balasan yang setimpal dengan dosanya.


6. Kaum muslimin mengakui niat itu sebagai rukun dan syarat dalam semua amalan dan bukan hanya diucapkan atau dilafazkan oleh lidah sahaja .

Ilmu Tassawuf

1. Pengertian Ilmu Tasawwuf : Ilmu tasauf ialah ilmu yang menyuluh perjalanan seseorang mukmin di dalam membersihkan hati dengan sifat-sifat mahmudah atau sifat-sifat yang mulia dan menghindari atau menjauhkan diri daripada sifat-sifat mazmumah iaitu yang keji dan tercela .

2. Ilmu tasawwuf bertujuan mendidik nafsu dan akal supaya sentiasa berada di dalam landasan dan peraturan hukum syariat Islam yang sebenar sehingga mencapai taraf nafsu mutmainnah .

3. Syarat-syarat untuk mencapai taraf nafsu mutmainah:

a) Banyak bersabar .
b) Banyak menderita yang di alami oleh jiwa .

4. Imam Al-Ghazali r.a. telah menggariskan sepuluh sifat Mahmudah / terpuji di dalam kitab Arbain Fi Usuluddin iaitu :
a) Taubat .
b) Khauf ( Takut )
c) Zuhud
d) Sabar.
e) Syukur.
f) Ikhlas.
g) Tawakkal.
h) Mahabbah ( Kasih Sayang )
i) Redha.
j) Zikrul Maut ( Mengingati Mati )

5. Dan Imam Al-Ghazali juga telah menggariskan sepuluh sifat Mazmumah / tercela / sifat keji di dalam kitab tersebut iaitu :
a) Banyak Makan
b) Banyak bercakap.
c) Marah.
d) Hasad.
e) Bakhil.
f) Cintakan kemegahan.
g) Cintakan dunia .
h) Bangga Diri.
i) Ujub ( Hairan Diri ).
j) Riya' ( Menunjuk-nunjuk ).