Al-Quran Nur Karim

Ilmu Tassawuf

1. Pengertian Ilmu Tasawwuf : Ilmu tasauf ialah ilmu yang menyuluh perjalanan seseorang mukmin di dalam membersihkan hati dengan sifat-sifat mahmudah atau sifat-sifat yang mulia dan menghindari atau menjauhkan diri daripada sifat-sifat mazmumah iaitu yang keji dan tercela .

2. Ilmu tasawwuf bertujuan mendidik nafsu dan akal supaya sentiasa berada di dalam landasan dan peraturan hukum syariat Islam yang sebenar sehingga mencapai taraf nafsu mutmainnah .

3. Syarat-syarat untuk mencapai taraf nafsu mutmainah:

a) Banyak bersabar .
b) Banyak menderita yang di alami oleh jiwa .

4. Imam Al-Ghazali r.a. telah menggariskan sepuluh sifat Mahmudah / terpuji di dalam kitab Arbain Fi Usuluddin iaitu :
a) Taubat .
b) Khauf ( Takut )
c) Zuhud
d) Sabar.
e) Syukur.
f) Ikhlas.
g) Tawakkal.
h) Mahabbah ( Kasih Sayang )
i) Redha.
j) Zikrul Maut ( Mengingati Mati )

5. Dan Imam Al-Ghazali juga telah menggariskan sepuluh sifat Mazmumah / tercela / sifat keji di dalam kitab tersebut iaitu :
a) Banyak Makan
b) Banyak bercakap.
c) Marah.
d) Hasad.
e) Bakhil.
f) Cintakan kemegahan.
g) Cintakan dunia .
h) Bangga Diri.
i) Ujub ( Hairan Diri ).
j) Riya' ( Menunjuk-nunjuk ).

0 comments: