Al-Quran Nur Karim

Punca & Faktor Yang Menyebabkan Manusia Tidak Beriman

Assalamualaikum Wbt, Selamat menyambut Hari Raya Aidil Adha..................

Hari ini ana nak memberikan pandangan @ pendapat tentang tajuk diatas,tupun ana dapat dari laman web juga.Ana kongsikan maklumat ini pun sebagai titik tolak untuk kita lebih tabah dalam menempuh dugaan yang mendatang................

1- Tidak memikirkan dengan waras ikatan iman yang berpanjangan serta hubungan dengan Allah SWT.

2- Tidak menjadikan contoh teladan mengenainya yang pernah ditonjolkan oleh mereka yang terdahulu daripada kita di sepanjang sejarah penentangan antara hak dan batil di kalngan para ulama�.

3- Tidak duduk dalam majlis-majlis ilmu terutama kelas-kelas fardu�ain, kelas al-Quran, tafsir, hadis, program motivasi dan lain-lain yang boleh mengingatkan diri terhadap tanggungjawab kepada Allah.

4- Berlakunya maksiat di tengah-tengah masyarakat yang tidak diubah dengan perkara makruf.

5- Sibuk dengan urusan keluarga untuk mencari keredhaan isteri, anak-anak dan harta benda hingga tidak sanggup berkorban untuk agama.

6- Panjang cita-cita terhadap perkara dunia dan lupa jalan ke akhirat, walaupun kubur kata mari, rumah kata pergi.

7- Boros dalam perkara makan-minum, tidur yang berlebihan, berjaga malam bukan untuk beribadat, bersembang pada perkara yang sia-sia dan bergaul secara bebas antara lelaki dan perempuan.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut silalah ke blog ini........

http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=17989&Itemid=91

0 comments: