Al-Quran Nur Karim

Daku Semakin Lalai YA ALLAH.....

Bismillairrahmanirrahim.........

Baru 12 bulan meninggalkan POLI, aku sudah lupa erti perjuangan (dakwah). Apa sudah jadi ngan aku ni.....

Tetapi tetap digagahkan juga untuk berdakwah kerana aku telah berjanji dengan diri sendiri untuk menaikkan ISLAM kembali ketempat yang sepatutnya..

Ya ALLAH bantulah daku yang sedang berada diperantauan.....

Daku juga merindukan ukhuwwah bersama sahabat-sahabat POLI dan UMS @ UMSKAL....

(Surah Al-Hujarat: ayat 15) Ertinya:
Sesungguhnya orang-orang yang sebenar-benarnya beriman hanyalah orang-orang yang percaya kepada Allah dan Rasulnya, kemudian mereka (terus percaya dengan) tidak ragu-ragu lagi, serta mereka berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah; mereka itulah orang-orang yang benar (pengakuan imannya).


Daku amat takut apabila sesudah mati, akan ditanya oleh ALLAH apakah yang aku buat didunia ni..Aku takut kerana tidak dapat menjawab apa-apa atau alasan yang bernas.

Begitu malunya daku berhadapan dengan ALLAH tanpa berkorban terhadap agama yang dibawa oleh kekasih ALLAH (Rasulullah s.a.w).

BEKUNYA AIR MATA DARI KERASNYA HATI...
KERASNYA HATI DARI BANYAKNYA DOSA...
BANYAKNYA DOSA DARI LUPANYA MATI...
LUPANYA MATI KERANA TERLALU CINTAKAN DUNIA...

Ya ALLAH moga daku & sahabatku dijauhkan daripada mencintai dunia.....

Wallahualam

Kembalikan Tamadun Islam yang Agung

KEGEMILANGAN PEMERINTAHAN UMAR ABDUL AZIZ

· Keturunan umar bin al-khattab dari sebelah ibunya

· Dianggap sebagai khalifah ar-rasyidin kelima kerana sifat, sikap dan pemerintahannya yang mempunyai persamaan degan pemerintahan khulafa ar-rasyidin

· Sifat peribadi : luhur, tawadhuk dan menyayangi rakyat

· Memecat pegawai yang kurang cekap dan telah menghapuskan jizyaz daripada golongan muwali

· Melaksanakan hukuman dengan adil

· Menghapuskan konsep penguasaan wilayah dengan konsep kerajaan islam

· Ekonomi negara dibawah pentadbirannya ditahap paling tinggi dan menumpukan bidang pendidikan untuk rakyat



FAKTOR KEJATUHAN KERAJAAN BANI UMAYYAH

· Sikap beberapa pemerintah mengabaikan ajaran islam

· Kemewahan hidup yang dikecapi melalaikan pemerintah dengan tugas dn tanggung jawab kepada negara

· Wujud kembali sengat perkauman atau kabaliah seperti di zaman jahiliah

· Rakyat tidak puas hati dengan corak pemerintahan khalifah yang pincang dan berpaling tadah menyokong gerakan abbasiyah



PERANAN GENERASI SEKARANG UNTUK MENGEMBALIKAN KEGEMILANGAN KERAJAAN SERTA NEGARA ISLAM

· Mengembalikan semula kemajuan dan kegemilangan islam yang pernah dicapai pada masa dahulu

· Menuntut seberapa banyak ilmu pengetahuan agar menjadi pakar dalam sesuatu bidang demi meninggikan taraf umat islam

· Berusaha menjadi seorang pengurus dan pentadbir yang cekap, baik, bertanggungjawab dan amanah dalam menjalankan tugas

· Mengamalkan konsep syura dan muafakat dalam mengendalikan sesuatu perkara untuk mengelakkan berlakunya perselisihan faham dan pertelingkahan.

Palestin bumi anbiya'

Bismillahirrahmanirrahim...

"Hanya jihad mampu ubah nasib Palestin"

Umat Islam telah melupakan nilai-nilai jihad dalam diri kerana dilalaikan oleh media barat yang berunsur maksiat yang menyebabkan lumpuh iman dalam diri.

Hendaklah kita tahu bahawa jihadlah yang menaikkan Islam, cuba kita lihat kembali kisah Khalifah Ar-Rasyidin, Bani Umayyah, Bani Abbasiyah dan Turki Uthmaniyyah.

Renung-renungkan dan selamat menyanbut kehadiran kembali Hj Nizar ke kabinat Parlimen.

Pas untuk semua















Assalamualaikum wbt buat sahabat ana dimana jua.

Bersyukur kita kerana masih dapat menaikkan martabat Islam dalam pentadbiran dengan kemenangan di Bukit Gantang Dato' Seri Ir Nizar Jamaluddin (PAS) & Bukit Selambau oleh Parti PKR..

Inilah pemimpin yang terang-terang dizalimi telah dibersihkan namanya oleh rakyat Malaysia sendiri.

Sukar menahan nafsuMU?

Bismillahirrahmanirrahim...

Puasa Sunat :

a) Puasa dalam bulan Sya’ban
b) Puasa 6 hari dalam bulan Syawal
c) Puasa Arafah pada 9 zulhijjah
d) Puasa hari Tasu’a dan ‘Asyura pada 9 & 10 Muharram
f) Puasa pada hari Isnin & Khamis
g) Puasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan pada 13,14 & 15
h) Puasa satu hari berbuka satu hari
i) Puasa lapan hari daripada bulan Zulhijjah sebelum hari Arafah bagi orang yang sedang mengerjakan haji atau tidak.
j) Puasa dalam bulan–bulan haram iaitu bulan Zulkaedah,Zulhijjah,Muharram dan Rejab

Faedah Puasa :

a) Melahirkan perasaan belas kasihan terhadap golongan miskin
b) Mendidik nafsu & jiwa kearah kebaikan
c) Dapat merasai apa yang ditanggung oleh golongan miskin
d) Puasa merupakan perbuatan taat kepada Allah
e) Mendidik budi pekerti untuk memiliki sifat-sifat terpuji
f) Puasa mengajar seseorang supaya beramanah terhadap diri sendiri
g) Puasa mengajar kesabaran dan berperaturan
h) Puasa menyebarkan perasaan kasih sayang & persaudaraan dalam jiwa manusia

Sesungguhnya puasa mendidik untuk menjadi seorang muslim yang terlatih dan menghindar dari gejala maksiat yang berada ditengah2 masyarakat sekarang.

Amalkan puasa kerana puasa mengingatkan kita kepada PENCIPTA kita iaitu ALLAH dan kepadaNYA lah kita akan kembali.Wallahualam....

Perbetulkan niat setiap masa


1. Niat memiliki peranan yang amat penting di dalam segala kegiatan dan amalan agama kerana nilaian Allah Ta'ala terhadap semua amal perbuatan itu bergantung pada niatnya.


2. Firman Allah s.w.t. dalam Surah al-Bayyinah, ayat 5 yang bermaksud :
" Padahal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadah kepadanya , lagi tetap teguh di atas tauhid, dan supaya mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, dan yang demikian itulah agama yang benar ".


3. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :
" Sesungguhnya setiap amalan itu dengan niat dan sesungguhnya bagi tiap-tiap seseorang itu apa yang diniatkan ".


4. Maka niat yang baik itu adalah dianggap sebagai satu amal soleh dan memperolehi pahala serta ganjaran daripada Allah s.w.t.


5. Sesiapa yang berniat dengan niat yang baik, maka dia akan mendapat pahala dan ganjaran yang baik, manakala sesiapa yang berniat buruk maka dia akan diberi balasan dosa dan balasan yang setimpal dengan dosanya.


6. Kaum muslimin mengakui niat itu sebagai rukun dan syarat dalam semua amalan dan bukan hanya diucapkan atau dilafazkan oleh lidah sahaja .

Ilmu Tassawuf

1. Pengertian Ilmu Tasawwuf : Ilmu tasauf ialah ilmu yang menyuluh perjalanan seseorang mukmin di dalam membersihkan hati dengan sifat-sifat mahmudah atau sifat-sifat yang mulia dan menghindari atau menjauhkan diri daripada sifat-sifat mazmumah iaitu yang keji dan tercela .

2. Ilmu tasawwuf bertujuan mendidik nafsu dan akal supaya sentiasa berada di dalam landasan dan peraturan hukum syariat Islam yang sebenar sehingga mencapai taraf nafsu mutmainnah .

3. Syarat-syarat untuk mencapai taraf nafsu mutmainah:

a) Banyak bersabar .
b) Banyak menderita yang di alami oleh jiwa .

4. Imam Al-Ghazali r.a. telah menggariskan sepuluh sifat Mahmudah / terpuji di dalam kitab Arbain Fi Usuluddin iaitu :
a) Taubat .
b) Khauf ( Takut )
c) Zuhud
d) Sabar.
e) Syukur.
f) Ikhlas.
g) Tawakkal.
h) Mahabbah ( Kasih Sayang )
i) Redha.
j) Zikrul Maut ( Mengingati Mati )

5. Dan Imam Al-Ghazali juga telah menggariskan sepuluh sifat Mazmumah / tercela / sifat keji di dalam kitab tersebut iaitu :
a) Banyak Makan
b) Banyak bercakap.
c) Marah.
d) Hasad.
e) Bakhil.
f) Cintakan kemegahan.
g) Cintakan dunia .
h) Bangga Diri.
i) Ujub ( Hairan Diri ).
j) Riya' ( Menunjuk-nunjuk ).

Putaran ilmu


Apabila sempurna akal, kurang perkataan. ( Saidina Ali Abi Talib).

Orang yang berakal, tidak berdukacita kerana miskin, bahkan yang menjadikannya berdukacita ialah sekiranya ia berkurangan akal dan tidak mengerjakan amal soleh.

(ulama).

Sifat pemarah adalah musuh utama akal. ( saidina Ali Abi Talib ).

Walaubagaimanapun alim seseorang itu, dia tidak akan dapat manfaat daripada ilmunya selagi ilmunya tidak berpedoman kepada akal. ( Lukmanul Hakim ).

Teman manusia yang sebenar ialah akal dan musuhnya yang celaka ialah jahil. ( Saidina Ali Abi Talib).

Lebih sedikit orang menggunakan akalnya, lebih banyak pula ia berkata-kata. ( Saidina Ali Abi Talib).

Dada orang berakal itu ialah peti rahsianya. ( Saidina Ali Abi Talib).

Akal yang sihat daripada badan yang sihat. ( Lidah pendeta ).

Akal membentuk budi,membentuk kebudayaan dan menjerumuskan manusia kepada kehancuran. ( Hamka ).

Akal ialah anugerah Tuhan kepada makhluk yang dipilih-NYA, iaitu manusia.Akal tidak diberikan semata-mata.Ia perlu dituntun. ( Hamka).

Salah satu tugas agama ialah memelihara akal.Memelihara akal ialah dengan jalan menambah ilmu melatih diri berfikir,merenungkannya. ( Hamka).

Hawa nafsu membawa kesesatan dan tidak berpedoman dan akal menjadi pedoman menuju keutamaan.Hawa nafsu menyuruh mengelamun,berangan-angan,tetapi akal menyuruh menimbang. ( Hamka ).

Amat Merunsingkan Skali!



Bismillahirrahmanirrahim............

Apa sudah jadi dengan negaraku sekarang ni????

Macam negara Israel sudah, polis suka-suka gunakan gas pemedih mata untuk meleraikan perhimpunan tersebut. Kenapa tidak gunakan bom skali? Baru puas hati kan..........

Bengong betul polis @ FRU in terlalu ikut telunjuk BN.

Keadaan ini samalah seperti digambarkan keadaan PALESTIN menunjuk perasaan & ditegah oleh kaum nabi MUSA AS .

Bersabarlah wahai saudaraku,jika pembalasan didunia ini tidak setimpal dengan yang kamu dapat, INSYAALLAH diakhiratlah mahkamah ALLAH la yang paling adil & saksama, tidak akan dipersia-siakan kamu oleh YANG MAHA ADIL.

Keteguhan Khalifah Sultan Abdul Hamid II


Sultan 'Abdul Hamid II, khalifah 'Utsmaniyah kala itu, menolak mentah-mentah permintaan Dr. Theodore Hertzl, bapak Zionis, seraya menyatakan:

"Nasihatilah temanmu Hertzl agar tidak mengambil langkah-langkah baru dalam masalah ini. Sebab, saya tidak akan mundur dari tanah suci (Palestin) ini, walau hanya sejengkal. Kerana tanah ini bukanlah milikku. Tanah ini adalah milik bangsa dan rakyatku. Para pendahuluku telah berjuang demi mendapatkan tanah ini. Mereka telah menyiraminya dengan titisan darah. Biarlah orang-orang Yahudi itu menggenggam jutaan wang mereka. Jika negeriku tercabik-cabik, maka sangat mungkin mendapatkan Palestin tanpa imbalan dan balasan apapun. Namun patut diingat, bahwa hendaknya pencabik-cabikan itu dimulai dari tubuh dan raga kami. Namun, tentu aku tidak menerima ragaku dicabik-cabik selama hayat masih di kandung badan."

Tepat sekali, apa yang dinyatakan oleh Sultan Abdul Hamid. Maka, untuk mengambil Palestin, puak Zionis itu menyusun rencana untuk menghancurkan Khilafah, dan setelah itu semuanya bisa dengan mudah mereka dapatkan, tanpa imbalan apapun. Itulah nasib Palestin, setelah Khilafah yang menaunginya tidak ada lagi.

Dengan izin ALLAH, kita pasti akan menaikkan kembali Khilafah Islamiyyah.TAKBIR!!!

Wallahualam...........

Inilah wajah YAHUDI yang sebenarnya.....



Bismillahirahmanirahim...................

{Mantan Setiausaha Agung Gerakan Zionis Sedunia, Dr Roger Garoody yang pernah memegang dan menyimpan fail-fail resolusi atau keputusan persidangan Yahudi yang turut disertai oleh para pendita mereka, telah memutuskan untuk mencipta satu buku baru yang dikenali sebagai 'Talmud' bagi menggantikan ajaran agama Yahudi yang termaktub dalam kitab Taurat.

Perkara ini didedahkan sendiri oleh Dr Garoody yang terkilan kerana bangsa Yahudi sanggup melakukan apa sahaja kejahatan bagi memenuhi cita-cita rakus mereka untuk menguasai Palestin mahupun dunia. Akhirnya Dr Garoody meninggalkan Zionis untuk bersembunyi di satu tempat yang tidak diketahui oleh sesiapa bertujuan untuk mendedahkan perancangan jahat Yahudi kepada masyarakat antarabangsa.

Beliau mendedahkan banyak perkara dalam buku tulisannya yang diterjemahkan ke dalam bahasa Perancis, Jerman, Arab dan Inggeris kerana rasa bertanggungjawab bagi mengelakkan perangan sesama manusia yang berakhir dengan kematian.

Antara lain beliau menyebut, bahawa dalam saban persidangan yang dianjurkan oleh Zionis, mereka menetapkan dalam protokol-protokol mereka, sesiapa di kalangan orang Yahudi yang boleh membunuh orang Arab khususnya dan orang Islam umumnya, baginya pahala yang besar dan dimasukkan dalam syurga.

Begitu juga protokol lain menyebut, bahawa mana-mana wanita Yahudi yang boleh melacurkan dirinya khusus buat lelaki Arab atau Muslim lain, bagi mereka pahala yang besar dan dimasukkan dalam syurga. Bagi menjamin kesinambungan Gerakan Zionis terus usbur dan kuat, maka hasil-hasil keuntungan daripada penjualan fabrik/tektils seperti jenama Levi's, keuntungan penjualan rokok-rokok seperti Dunhill, Benson & Hedges, Malboro, Winston, Lucky Strike, Rothmans, Pall Mall dan jenama rokok yang lain, hasil keuntungan daripada produk makanan KFC adalah diperlukan untuk membeli peralatan persenjataan bagi membunuh orang-orang Palestin.}


Telah banyak wang kita salurkan kepada YAHUDI laknatullah, & wang itulah dorang membeli senjata untuk membunuh ahli keluarga kita (PALESTIN)..... Begitu lemahnya iman umat ISLAM kerana masih membeli barangan YAHUDI celaka ini.

Jika kita tidak membendung masalah ini dari sekarang, maka kelak kita juga akan berdepan dengan nasib yang sama dengan PALESTIN ini. InsyaALLAH.... Yakinlah KALIAN!

Celaka Bagi Yahudi ISRAEL


Kepada semua warga malaysia!

Tentu kalian melihat & mendengar isu mengenai PALESTIN ini, ana berharap & memohon kepada semua umat islam (yang bergelar muslim) dapat membacakan doa QUNUT NAZILAH dan surah AL-FATH ayat 26-27, surah YUNUS ayat 85,86 & 88.

Ana yakin dengan mendoakan ini sahajalah yang dapat kita lakukan, kita tidak sanggup untuk pergi berperang. hanya dengan berharap & pergantungan kepada ALLAH TAALA sahaja yang dapat kita lakukan.

Boikotlah barang-barang yang menyokong US & ISRAEL.
COCA COLA
HUGGIES
RIVER ISLAND
MC DONALD
CLINIQUE
DISNEY
DONNA KARAN
STARBUCKS
GAP
GARNIER
PERRIER
KOTEX
SANEX
JO MALONE
LANCOME
LIBBYS
TCHIBO
LOREAL
MARKS & SPENCER
KLEENEX
MAYBELINE
NESTLE
VITTEL
REVLON
WONDERBRA

Tiada tuhan melainkan ALLAH & nabi MUHAMMAD pesuruh ALLAH.

Ya ALLAH,kepadaMU kami menyembah & kepadaMU kami memohon pertolongan.

ENGKAU ADALAH SEBAIK BAIK PENOLONG & MAHA PENYAYANG DIANTARA PARA PENYAYANG.

WALLAHUALAM,

Untuk Bulan Muharam yg Bakal Menjelang


Assalamualaikum wbt buat shabat semua.........

Bersyukur kita kepada Allah Azza Wajalla kerna masih dipanjangkan usia ke hari ini. Ingin ana ingatkan bahawa kita sudah mendekati bulan MUHARAM, marilah kita berazam untuk memperhebatkan lagi diri sendiri & keluarga.

Sebelum 1 muharam menjelang, setiap masjid akan mengadakan pembacaan surah yasin & doa akhir tahun & awal tahun........

Marilah kita beramai-ramai memeriahkan majlis tersebut..........Bawa adik, abang, ummi, abbi & sanak saudara....

Janganlah tunggu pada 1 hb Januari baru kita meraikan tahun baru.... Umat Islam juga ada tahun baru bah..

Marilah kita bersama-sama bangkit & berazam untuk berubah dari baik kepada lebih baik...
Wallahualam.....

Ikut Suka Aku (ISA)

Assalamualaikum wbt.....................................................

(Kerajaan dapati tidak lagi ancam keselamatan negara, ketenteraman awam)
-Tarikh : 11/12/2008

"Kita bebaskan tahanan (ISA) daripada semasa ke semasa jika mereka tidak mengganggu keselamatan awam termasuk bebas daripada ideologi militan kerana kerajaan tak mahu menahan rakyat kita atau warga asing lebih lama daripada sepatutnya,"-Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar berkata..

Setelah orang ramai mengetahui bahawa ISA ini kejam dan tidak berlandaskan syariat islam, maka pihak kerajaan sengaja mengeluarkan beberapa orang tahanan ISA, adakah ianya untuk mengaburi mata kasar masyarakat Malaysia? Janganlah kita tertipu dengan sedikit tipu muslihat pihak kerajaan.....

Selepas isu MANSUHKAN ISA @ SAY NO TO ISA........pihak kerajaan pula buat satu organisasi iaitu PERMUAFAKATAN MASYARAKAT MELAYU (klu xda silap) dengan slogan YES TO ISA,ini menyatakan bahawa begitu mudah mereka diperolokkan oleh kerajaan dan mereka menampakkan diri mereka kurang didikan agama,sama-sama kita berdoa agar mereka insaf dan bertaubat. Itulah yang sebaiknya..............

Punca & Faktor Yang Menyebabkan Manusia Tidak Beriman

Assalamualaikum Wbt, Selamat menyambut Hari Raya Aidil Adha..................

Hari ini ana nak memberikan pandangan @ pendapat tentang tajuk diatas,tupun ana dapat dari laman web juga.Ana kongsikan maklumat ini pun sebagai titik tolak untuk kita lebih tabah dalam menempuh dugaan yang mendatang................

1- Tidak memikirkan dengan waras ikatan iman yang berpanjangan serta hubungan dengan Allah SWT.

2- Tidak menjadikan contoh teladan mengenainya yang pernah ditonjolkan oleh mereka yang terdahulu daripada kita di sepanjang sejarah penentangan antara hak dan batil di kalngan para ulama�.

3- Tidak duduk dalam majlis-majlis ilmu terutama kelas-kelas fardu�ain, kelas al-Quran, tafsir, hadis, program motivasi dan lain-lain yang boleh mengingatkan diri terhadap tanggungjawab kepada Allah.

4- Berlakunya maksiat di tengah-tengah masyarakat yang tidak diubah dengan perkara makruf.

5- Sibuk dengan urusan keluarga untuk mencari keredhaan isteri, anak-anak dan harta benda hingga tidak sanggup berkorban untuk agama.

6- Panjang cita-cita terhadap perkara dunia dan lupa jalan ke akhirat, walaupun kubur kata mari, rumah kata pergi.

7- Boros dalam perkara makan-minum, tidur yang berlebihan, berjaga malam bukan untuk beribadat, bersembang pada perkara yang sia-sia dan bergaul secara bebas antara lelaki dan perempuan.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut silalah ke blog ini........

http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=17989&Itemid=91

Liku-Liku Perjuangan............



'Jangan tanya bila Islam akan memerintah tetapi tanya bila masa kita menyumbang kerja-kerja untuk kemenangan Islam. Perjuangan bukan dihampari dengan permaidani merah tetapi dihampari dengan onar dan darah'

  1. Al-Quran Sebagai Petunjuk
- "Demikianlah al-Kitab yang tidak ada keraguan padanya memberi petunjuk kepada orang yang bertakwa." (al-Baqarah:2)

2. Al-Quran Sebagai Pembeza Antara Benar & Batil

- Berpegang dengan al-Quran bermakna kita dapat membezakan antara yang benar dengan batil. Kerana al-Quran sebagai penyuluh yang terang, barang pasti ia tidak akan mengkaburkan peganutnya yang kuat berpegang dengan al-Quran.

3. Motivasi Kepada Pendakwah

- Al-Quran menjelaskan bahawa mereka yang berjuang di jalan Allah dijanjikan kemenangan di atas muka bumi ini. Firman Allah SWT yang bermaksud: "Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu (wahai Muhammad) bahawa dia akan menjadikan mereka khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana dia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka khalifah yang berkuasa dan dia akan menguatkan dan mengembangkan agama mereka yang telah diredai-Nya untuk mereka dan dia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (dari ancaman musuh)." (al-Nur: 35)

- Kemenangan adalah janji Allah, dan pasti akan diperolehi oleh mereka yang berjuang di atas agama Allah sebagaimana Allah memulakan dengan lafaz wa�ada bermaksud "telah menjanjikan" di mana kemenangan dunia kepada orang yang beriman dan beramal soleh apabila tiba masanya.

- Jangan tanya bila Islam akan memerintah tetapi tanya bila masa kita menyumbang kerja-kerja untuk kemenangan Islam. Perjuangan bukan dihampari dengan permaidani merah tetapi dihampari dengan onar dan darah.

- Janji ini bukan sahaja di tulis dalam al-Quran malahan dicatat dalam kitab Zabur Nabi Daud AS lagi. Firman Allah SWT dalam surah al-Anbiya�: 105 �Sesungguhnya telah kami wartakan dalam kitab Zabur selepas peringatan bahawa bumi ini akan diwarisi oleh hamba-hamba yang soleh.�

Pesanan al-Syahid Syed Qutb pernah menyebut "kebatilan nampak kuat, tetapi tidak kekal, manakala kebenaran nampak lemah tetapi akan kekal."

(Penulis adalah Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS Pusat)

Mustapha Kamal At-Tarturk yg Kufur

Kematian Mustapha Kamal At-Tarturk....................

Di saat kematiannya, Allah telah datangkan beberapa penyakit kepada beliau sehingga beliau rasa terseksa dan tak dapat menanggung seksaan dan azab yang Allah berikan di dunia.

Antaranya ialah :

1. Didatangkan penyakit kulit hingga ke kaki dimana beliau merasa gatal-gatal seluruh badan.

2. Sakit jantung.

3. Penyakit darah tinggi.

4. Panas sepanjang masa, tidak pernah merasa sejuk sehingga terpaksa diarahkan kepada bomba untuk menyiram rumahnya 24 jam. Pembantu-pembantunya juga diarahkan untuk meletak ketulan-ketulan ais di dalam selimut untuk menyejukkan beliau.

Oleh kerana tidak tahan dengan kepanasan yang ditanggung, beliau menjerit sehingga seluruh istana mendengar jeritan itu. Oleh kerana tidak tahan mendengar jeritan, mereka-mereka yang bertanggung jawab telah menghantar beliau ke tengah lautan dan diletakkan dalam bot dengan harapan beliau akan merasa sejuk.

Allah itu Maha Besar, panasnya tak jugak hilang! Pada 26 september 1938, beliau pengsan selama 48 jam disebabkan terlalu panas dan sedar selepas itu tetapi beliau hilang ingatan.

Pada 9 November 1938, beliau pengsan sekali lagi selama 36 jam dan akhirnya meninggal dunia. Sewaktu beliau meninggal, tidak seorang pun yang memandi, mengkafan dan menyembahyangkan mayat beliau.

Mayatnya diawetkan selama 9 hari 9 malam, sehingga adik perempuan beliau datang meminta ulama-ulama Turki memandikan, mengkafankan dan menyembahyangkannya. Tidak cukup dari itu, Allah tunjukkan lagi balasan azab ketika mayatnya di bawa ke tanah perkuburan. Bila mayatnya hendak ditanam, tanah tidak menerimanya (tak dapat nak bayangkan bagaimana tanah tidak menerimanya).

Disebabkan putus asa, mayatnya diawetkan sekali lagi dan dimasukkan ke dalam muzium yang diberi nama EtnaGrafi (kalau tak silap dengar) selama 15 tahun sehingga tahun 1953). Selepas 15 tahun mayatnya hendak ditanam semula, tapi Allah Maha Agung, bumi sekali lagi tak menerimanya. Habis ikhtiar, mayatnya dibawa pula ke satu bukit ditanam dalam satu binaan marmar beratnya 44 tan. Mayatnya ditanam di celah-celah batu marmar. Apa yang menyedihkan, ulama-ulama sezaman dengan Kamal Atartuk telah mengatakan bahawa jangan kata bumi Turki, seluruh bumi Allah ini tidak menerima Kamal Atartuk!
Inilah hikayat Mustafa Kamal Atartuk yang membelakangi Islam dan Allah!! Pemimpin di malaysia sepatutnya mengambil iktibar!

Untuk mengetahui keseluruhan kisah Mustapha Kamal At-Tarturk ni................

http://www.fazamania.com/hikayat-mustafa-kamal-atartuk-yang-kufur/2008/07/14/

Keimanan

Dari Umar Ibnul-Khattab r.a, katanya :
Sedang kami duduk di dalam majlis bersama Rasulullah SAW
pada suatu hari, tiba-tiba mucul di dalam majlis itu seorang laki-laki yang berpakaian serba putih,
berambut terlalu hitam,
tiada kesan bahawa ia seorang musafir,
dan tiada antara kami yang mengenalinya,
lalu duduk ia bersama Rasulullah SAW,
dan ditemukan kedua lututnya dengan kedua lutut Rasulullah SAW
serta diletakkan kedua tapak tangannya ke atas kedua paha Rasulullah SAW,
lalu berkata : Sipemuda : Khabarkan aku tentang Islam ?
Maka berkata Rasulullah s.a.w. :
Islam, iaitu hendaklah mengucap syahadat - bahawa tiada Tuhan melainkan Allah Ta'ala dan bahawasanya Muhammad itu Rasulullah,
dan mendirikan solat,
mengeluarkan zakat,
berpuasa pada bulan Ramadhan
dan menunaikan haji ke Baitullah apabila berdaya ke sana.
Sipemuda : Benar katamu.


( Berkata Umar r.a : Kami merasa hairan kepada tingkah laku sipemuda itu, dia yang bertanya dan dia pula yang mengiyakannya )
Sipemuda : Khabarkanlah kepada ke tentang Iman ?
Rasulullah : Hendaklah engkau beriman kepada Allah, Malaikat-MalaikatNya, Kitab-KitabNya, Rasul-RasulNya, Hari Akhirat dan hendaklah engkau beriman kepada taqdir Allah yang baikNya atau yang burukNya.
Sipemuda : Benar katamu ! Khabarkanlah kepadaku tentang Ihsan ?
Rasulullah : Hendaklah engkau menyembah Allah seolah-olah engkau melihatNya. Sekiranya engkau tidak dapat melihatNya sesungguhnya Allah sentiasa dapat melihat engkau.
Sipemuda : Khabarkan padaku tentang hari kiamat ?.
Rasulullah : Tiadalah orang yang ditanya itu lebih mengetahui dari orang yang bertanya.
Sipemuda : Khabarkan padaku tentang tanda-tandanya ?
Rasulullah : Apabila hamba perempuan melahirkan tuannya sendiri ; Apabila engkau melihat orang yang berkaki ayam, tidak berpakaian, pengembala kambing ( berbangga ) membina bangunan yang tinggi-tinggi.
( Kemudian beredar keluar sipemuda itu dari majlis tersebut ) :
Rasulullah : Tahukan anda wahai Umar siapakah pemuda yang menyoal kau tadi ?
Umar Al-Khattab : Allah dan RasulNya jua yang mengetahui.
Rasulullah : Itulah Jibril a.s yang telah mendatangi aku untuk mengajarkan kamu pelajaran agama kamu.

Asas Keimanan


By : As-Syahid Imam Hasan Al-Banna

Iman yang benar ialah iman yang merangkumi pengertian dan ciri-ciri keimanan seperti bersih daripada syirik Khafi dan riya'.Iman yang benar meresap ke dalam hati dan bertakhta di jiwa menggerakkan anggota zahir untuk melakukan ketaatan kepada Allah SWT, menjadikan perkara-perkara ghaib seolah-olah hadir di depan mata, memenuhkan jiwa dengan perasaan tenang, tabah dan tetap pendirian, memudahkan mereka yang mempunyai iman seperti ini berkorban apa sahaja demi jalan Allah, menambahkan penggantungan, kepercayaan, tawakkal, harapan, takut dan penyerahan mereka kepada Allah SWT. Bila pengertian iman seperti ini memenuhi hati seseorang muslim jiwa akan ringan melakukan apa sahaja bentuk ibadah dan ikhlas semata-mata kerana Allah SWT.

Ibadah dan iman seperti ini mempunyai pengaruh dan kesan yang besar dalam kehidupan di dunia dan akhirat.Kehidupan dunia akan dipenuhi dengan kegembiraan, kebahagiaan, dan ketenangan yang meresap di seluruh jiwa.Kegemilangan yang sungguh indah dan cahaya yang terang akan memenuhi batin seseorang muslim.

Apabila cahaya batin ini bertambah sinarnya dan melimpah di wajah muslim, sinar dapat dilihat pada orang-orang yang beriman sekalipun kulit Muslim itu hitam atau sawo matang.Manakala di akhirat pula kemanisan iman ini dapat dirasakan lebih manis dari madu. Sebahagian dari tanda-tanda lahir kemanisan iman ialah kecintaan seseorang mu'min untuk melakukan ibadah, merasa selesa dan tenang melakukannya serta merasa rindu dan lapang dada melakukannya.

Janganlah kita merasa pelik dan menganggap perkara ini hanyalah khayalan semata-mata kerana iman mempunyai kemanisan yang dapat dirasakan oleh roh sebagaimana lidah dapat merasa kemanisan makanan.Hadith Rasulullah s.a.w. yang mulia telah menyebut: " Jika terdapat perkara ini pada seseorang beliau akan merasakan kemanisan iman:beliau mengasihi Allah dan rasul-Nya lebih dari segala sesuatu, beliau benci untuk kembali kepada kekufuran setelah dilepaskan Allah daripadanya sebagaimana beliau benci dicampakkan ke dalam api neraka, beliau mengasihi seseorang bukan kerana sesuatu tetapi kerana Allah"

Larangan Memberi Hormat Dengan Cara Berdiri

Rasulullah Shallallaahu ‘alaihi wa Salam bersabda,

مَنْ أَََََََحَبَّ أَنْ يَتَمَثَّلَ النَّاسُ لَهُ قِيَامًا فَلْيَتَبَّوَأْ مَقْعَدَهُ مِنَ النَّارِ

“Barangsiapa suka dihormati manusia dengan perhormatan dalam bentuk berdiri, maka hendaklah dia bersiap sedia dengan tempat duduknya di Neraka.” (Hadis Riwayat Ahmad, hadis sahih)



Anas bin Malik radhiyallahu ‘anhu berkata,

“Tidak seorang pun yang lebih dicintai oleh para sahabat daripada Rasulullah Shallallaahu ‘alaihi wa Salam. Tetapi, bila mereka melihat Rasulullah Shallallaahu ‘alaihi wa Salam (hadir), mereka tidak berdiri untuk beliau. Ini adalah kerana mereka mengetahui bahawa beliau membenci perkara tersebut.” (Hadis Riwayat at-Tirmidzi, hadis sahih)

Yang dimaksudkan dengan berdiri di dalam hadis ini adalah berdiri dengan tujuan untuk mengagungkan seseorang. Iaitu dengan cara berdiri di (dari) tempat duduknya dan dia tidak berganjak dari tempat duduk asalnya. Iaitu sekadar berdiri sebagai tanda hormat.

Adapun berdiri dan bergegas (menuju kepada seseorang) dengan sebab untuk menyambut tetamu atau memberi pertolongan kepada orang yang hadir, maka itu tidak termasuk di dalam ancaman daripada hadis di atas.

Hadis di atas menunjukkan bahawa seseorang muslim yang suka dihormati dengan berdiri, ketika dia masuk ke sesuatu majlis, maka dia diancam dengan ancaman Neraka.

“Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu.” (Al-Hujurat: 13)

Mungkin ada yang berkata, “Jika kita tidak berdiri untuk orang yang masuk ke dalam majlis, mungkin dalam hatinya terdetik sesuatu prasangka kepada kita yang duduk.”

Kita menjawab, “Kita menjelaskan kepada orang yang datang itu, bahawa kecintaan kita padanya terletak di hati. Dan kita meneladani Rasulullah Shallallaahu ‘alaihi wa Salam yang membenci berdiri sebagai tanda penghormatan. Juga meneladani para sahabat yang tidak berdiri untuk beliau. Dan kita tidak mengkehendaki orang yang datang itu masuk Neraka.”

Maka, dengan itu, janganlah kita zahirkan cara penghormatan yang boleh mengakibatkan mereka yang diberi penghormatan itu diancam dengan Neraka sebagaimana hadis Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Salam,

“Barangsiapa suka dihormati manusia dengan perhormatan dalam bentuk berdiri, maka hendaklah dia bersiap sedia dengan tempat duduknya di Neraka.” (Hadis Riwayat Ahmad, hadis sahih)....