Al-Quran Nur Karim

Duit RM 100...

Bismillahirrahmannirahim..

Syukur kepada ALLAH kerna masih menyayangi diriku yang sentiasa lalai mengingatiNYA...

Semasa training INTEGRITY ada fasilitator memberikan soalan untuk djawab..

Soalan itu berbunyi, kalau kita terjumpa duit RM 100 apa yang patut kita lakukan

1. Donate to charity
2. Bagi kepada polis
3. Ambil & simpan
4. Biarkan
5. Buat tidak tahu

Jawapannya lebih mengejutkan apabila hampir 70% angkat tangan untuk mengambil dan menyimpannya.Orang yang angkat tangan itu adalah orang ISLAM.

Dari sini dapat kita ketahui bahawa TARBIYAH itu kurang sangat lah.Jangan lah kita hanya mengharapkan solat semata untuk menjaga diri,biarlah kita terjun sekali ke "ISLAM FIELD" dan dari situ kita akan melihat konsep ISLAM itu luas seluas mata memandang.

Yang berkata ini pun lebih kurang sama,ingin sentiasa bermuhasabah diri untuk sentiasa maju ke hadapan.

Apa yang perlu kita lakukan di bulan RAMADHAN?


Semua amal perbuatan bani Adam adalah kepunyaan bani Adam sendiri, kecuali puasa. Puasa itu kepunyaan-Ku, dan Aku yang akan memberikan balasan. Maka, demi Dzat yang nyawa Muhammad ada ditanganNya, sungguh aroma mulut orang yang sedang berpuasa itu lebih harum daripada minyak kasturi di sisi Allah.

Qiyamullail (Tarawih)
Shalat tarawih ini sunnahnya dikerjakan secara berjama’ah selama bulan Ramadhan. Ini berdasarkan sabda Nabi Shallallahu 'Alaihi wa Sallam,

Sesungguhnya barangsiapa yang shalat bersama imam sampai imam itu selesai, maka ditetapkan pahala baginya, seperti shalat sepanjang malam.5

Dalam menerangkan keutamaan shalat tarawih ini Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wa Sallam bersabda,

Barangsiapa yang shalat tarawih karena iman dan mengharap pahala, maka dia diampuni dosanya yang telah lewat. 6

(Adapun) petunjuk terbaik dalam jumlah raka’at shalat malam pada bulan Ramadhan atau bulan lainnya, ialah petunjuk yang shahih dari Nabi Shallallahu 'Alaihi wa Sallam dan dari perbuatan beliau, yaitu shalat 11 raka’at. Karena beliau Shallallahu 'Alaihi wa Sallam panutan yang paripurna.


Shadaqah.
Karena kedermawanan Rasululah Shallallahu 'Alaihi wa Sallam paling menonjol pada bulan Ramadhan.7 Kedermawanan ini mencakup semua pengertian shadaqah dan semua jenis perbuatan baik. Karena kedermawanan itu banyak memberi dan sering memberi.8 Dan ini mencakup berbagai macam amal kebajikan dan perbuatan baik.


Memberikan buka puasa kepada orang yang berpuasa.
Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wa Sallam telah menekankan hal ini dan memberitahukan hasilnya, yaitu berupa ganjaran yang besar dan agung. Beliau Shallallahu 'Alaihi wa Sallam bersabda:

Barangsiapa yang memberikan makanan buka puasa kepada orang yang berpuasa, maka dia akan mendapatkan pahala, sebagaimana pahala orang yangberpuasa tanpa mengurangi sedikitpun pahala orang yang berpuasa.9


Membaca Al Qur’an.
Bulan Ramadhan, merupakan bulan Al Qur’an. Hal itu sebagaimana difirmankan oleh Allah 'Azza wa Jalla :

(Beberapa hari yang ditentukan itu ialah) bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasanpenjelasan mengenai petunjuk itu, dan pembeda (antara yang hak dan yang bathil). (QS Al Baqarah:185).

Dalam sunnah ‘amaliyah Nabi Shallallahu 'Alaihi wa Sallam, terdapat praktik nyata dari hal tersebut. Sesungguhnya Jibril 'Alaihissalam mengajak bertadarus Al Qur’an kepada Nabi Shallallahu 'Alaihi wa Sallam setiap malam pada bulan Ramadhan. 10


Mencari Lailatul Qadar.
Allah 'Azza wa Jalla berfirman:

Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al Qur’an) pada malam kemuliaan. Dan tahukah kamu, apakah malam kemuliaan itu? Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan. (QS Al Qadar:1-3).

Dalam kitab shahih Bukhari dan Muslim, terdapat hadits bahwa Nabi Shallallahu 'Alaihi wa Sallam bersabda,

Barangsiapa shalat pada malam qadar karena iman dan karena ingin mencari pahala, maka dia diampuni dosanya yang telah lewat.

Lailatul qadar itu berada pada malam-malam ganjil sepuluh malam terakhir dari bulan Ramadhan. Dalam sebuah hadits yang diriwayatkan oleh Imam Tirmidzi dan Ibnu Majah dengan sanad yang shahih dari Aisyah Radhiallahu'anha, beliau Radhiallahu'anha berkata,

Wahai Rasulullah, apakah yang aku katakan, jika aku menepati lailatul qadar? Beliau Shallallahu 'Alaihi wa Sallam menjawab,”Katakanlah: Ya Allah, sesungguhnya engkau Maha Pemberi Maaf, maka maafkanlah aku.”

Demikianlah ringkasan beberapa tugas syar’i, yang semestinya dilaksanakan oleh seorang muslim pada bulan yang penuh barakah ini. Adapun tugas selengkapnya yang wajib dijaga oleh seorang muslim pada bulan sabar ini, yaitu berhenti dari segala perbuatan jelek, sabar terhadap penderitaan, menjaga hati dan melaksanakan kewajiban lahir, dengan cara konsisten menjalankan hukum-hukum Islam dan mengikuti sunnah-sunnah Nabi Shallallahu 'Alaihi wa Sallam

Sahur...Sahur...Sahur...


Bagaimana kita ingin mendapat keberkatan dalam bersahur?

Sabda baginda s.a.w., Bersahurlah kamu semua kerana sesungguhnya pada waktu makan sahur itu terdapat keberkatan. (Riwayat al-Bukhari dalam Sahih al-Bukhari, Kitab al-Shaum, hadis no. 1923)

Sabda Rasulullah s.a.w.: Pemisah (yang membezakan) antara puasa kita dan puasa ahli kitab ialah makan sahur. (Riwayat al-Tirmizi dalam Sunan al-Tirmizi, Kitab al-Shaum, hadis no. 643)

Oleh itu, Nabi s.a.w. amat menitikberatkan umatnya untuk bersahur walaupun dengan hanya meminum seteguk air. Sabda Baginda s.a.w.: Makan sahur ada keberkatan. Oleh itu, janganlah kamu meninggalkannya meskipun salah seorang antara kamu hanya meminum seteguk air. Sesungguhnya Allah dan malaikat-Nya berselawat ke atas orang-orang yang makan sahur. (Riwayat Ahmad di dalam Musnad Ahmad, hadis no. 10664)

Waktu yang terbaik untuk makan sahur adalah lebih kurang sama dengan kadar waktu seseorang membaca 50 ayat al-Quran iaitu kira-kira 10 hingga 20 minit sebelum azan solat Subuh dikumandangkan.

Antara hikmah mengakhirkan atau melewatkan sahur adalah:

1. Sekiranya seseorang bangun awal untuk bersahur, tentu sekali setelah selesai bersahur dia akan kembali ke tempat tidur. Hal ini memungkinkan seseorang itu meninggalkan solat Subuh.

2. Mengakhirkan bersahur juga boleh menambahkan kekuatan bagi orang yang berpuasa. Sekiranya seseorang bersahur terlalu awal maka ia akan menyebabkan seseorang itu cepat berasa lapar, dahaga dan keletihan pada siang harinya.

SeLamAt MenYamBuT BulaN RamAdHan Al-MuBarAk

Assalamualaikum wbt kepada sahabat/sahabiah yang ana sayangi.

Bersyukur kita ke hadrat illahi kerana dipanjangkan umur n dmurahkan rezeki & ALLAH mahu kita berjumpa dengan Ramadhan sekali lagi.

Disinilah kita perlu bermula untuk memperbanyakkan amal ibadat & meningkatkan ketaqwaan kepada ALLAH.

Bak kata Abu Hurairah (sahabat Rasulullah saw):


1. Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi-


2. Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. - Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi-


3. Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. - Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi-


4. Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar). Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah(Islam).-Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim, dan Baihaqi-


5. Daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara.Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. -Hadis riwayat imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi-

Selamat berpuasa....

Daku Semakin Lalai YA ALLAH.....

Bismillairrahmanirrahim.........

Baru 12 bulan meninggalkan POLI, aku sudah lupa erti perjuangan (dakwah). Apa sudah jadi ngan aku ni.....

Tetapi tetap digagahkan juga untuk berdakwah kerana aku telah berjanji dengan diri sendiri untuk menaikkan ISLAM kembali ketempat yang sepatutnya..

Ya ALLAH bantulah daku yang sedang berada diperantauan.....

Daku juga merindukan ukhuwwah bersama sahabat-sahabat POLI dan UMS @ UMSKAL....

(Surah Al-Hujarat: ayat 15) Ertinya:
Sesungguhnya orang-orang yang sebenar-benarnya beriman hanyalah orang-orang yang percaya kepada Allah dan Rasulnya, kemudian mereka (terus percaya dengan) tidak ragu-ragu lagi, serta mereka berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah; mereka itulah orang-orang yang benar (pengakuan imannya).


Daku amat takut apabila sesudah mati, akan ditanya oleh ALLAH apakah yang aku buat didunia ni..Aku takut kerana tidak dapat menjawab apa-apa atau alasan yang bernas.

Begitu malunya daku berhadapan dengan ALLAH tanpa berkorban terhadap agama yang dibawa oleh kekasih ALLAH (Rasulullah s.a.w).

BEKUNYA AIR MATA DARI KERASNYA HATI...
KERASNYA HATI DARI BANYAKNYA DOSA...
BANYAKNYA DOSA DARI LUPANYA MATI...
LUPANYA MATI KERANA TERLALU CINTAKAN DUNIA...

Ya ALLAH moga daku & sahabatku dijauhkan daripada mencintai dunia.....

Wallahualam